13 Disember 2015

Kelas Jahitan Pelbagai Modul

Kadar yuran terkini untuk tahun 2016

Tahun 2016 adalah tahun terbaik untuk saya dan syarikat. Berikut saya sertakan kadar yuran terkini untuk kelas jahitan pelbagai modul. Untuk makluman pembaca, semua bahan akan saya sediakan. Oh ya, untuk yang tiada asas jahitan, tuan/puan perlu melalui modul asas jahitan bernilai RM100. Selepas itu barulah boleh bermula dengan modul yang lain.

Setiap modul pakaian wanita RM250
  1. Baju kurung tradisional
  2. Baju kurung Pahang
  3. Baju kurung moden
  4. Baju kurung Kedah
  5. Jubah
  6. Mini jubah

Setiap modul pakaian lelaki RM350
  1. Baju melayu tradisional
  2. Baju melayu moden
  3. Jubah

Setiap modul kraf RM150
  1. Kusyen
  2. Beg 
  3. Anyaman gelang
  4. Kerongsang

Setiap modul langsir RM200
  1. Box pleat
  2. Double box pleat
  3. Box pleat with scallop
  4. Butterfly
  5. Box pleat with loose scallop
  6. Diamond
  7. Goblet
  8. French pleat
Kelas bertempat di premis:

NUR HAFIZAH BINTI KARIM
NO.4-094, JJM 17/6
JLN. JASIN-MERLIMAU
77300 MERLIMAU
MELAKA
 0126681686
Berhubung dengan Puan Hafizah.



12 Oktober 2015

Kelas Jahitan Tudung

Kelas ini, saya buat di Kuala Pilah. Pesertanya terdiri daripada yang sangat mahir. Saya tak perlu banyak bicara. Jika pagi, saya serahkan pola... mereka salin pola, tanya basi jahitan, potong dan jahit. Edging, bawa balik atau upah rakan lain yang ada mesin untuk buat. Oleh yang demikian, dari 10 jenis tudung yang sepatutnya mereka pelajari, mereka jahit 12 jenis. Pola pula dapat 14 jenis. Wah, sungguh bertuah.

Di sini memang lain, mereka bukan sahaja bertanya tentang cara menjahit tetapi cara lain untuk mendapatkan wang. Jadi, saya cadangkan mereka untuk buka kelas atau jual pola. Ha... tetapi saya nak beri amaran awal (kepada tenaga pengajar), jika cetek pengalaman... mudah tersinggung... jangan datang mengajar di sini. Peserta di sini mahu yang luar biasa, bukan yang biasa-biasa. Tetapi mereka tidak lokek berkongsi ilmu. Mereka bantu saya untuk memurnikan modul Tudung Cincin 2 Layer dan berkongsi ilmu Telekung Lycra.

Kenangan mengajar di sini sangat manis. Seperti biasa, saya doakan para peserta atau pelatih saya kaya dan berjaya. Kongsikan ilmu kepada orang lain juga ya. Publish!













Kelas Jahitan Langsir

Syarikat ada menawarkan jahitan langsir kepada kumpulan yang berminat. Sehingga kini saya telah melatih seramai 16 orang untuk kursus jahitan langsir 5 paten selama 5 hari. Setiap hari, 1 paten. Namun oleh kerana peserta yang saya terima semuanya mahir dan bersemangat, mereka pulang dengan 6 paten.

Seperti kursus jubah & mini jubah, setiap proses sedari merancang hingga makan... ia dihalusi dengan begitu teliti. Supaya kelas berjalan dengan lancar. Saya membawa Ana Ain Salsabila bersama ketika kelas. Jika boleh, saya mahu dia mendapat pendedahan awal tentang kerjaya saya. Mudah-mudahan, dia menaruh minat. Amin.

Oleh yang demikian, untuk kumpulan-kumpulan yang ingin mengundang saya untuk mengajar, boleh dapatkan sebutharga dari saya ya. Saya boleh pergi sejauh 600 kilometer untuk memenuhi undangan dari puan, cik dan tuan :) kerana baru-baru ini saya telah ke Terengganu untuk kelas jahitan tudung 2 layer dan crumble@shawl. Saya mahu kongsikan ilmu dengan yang lain juga. Jumpa nanti in sha Allah ya. Publish!




Kursus Jahitan Jubah & Mini Jubah

Dah agak lama saya tidak menulis di blog. Sejak menimang cahaya mata pertama yang ditunggu selama empat tahun, sehingga kini (sudah setahun) saya masih menyesuaikan diri. Antara perkara yang saya berhenti lakukan sejak diberi pinjam cahaya mata ialah memotong baju, menjahit, memanik dan menulis blog. He, he... saya menyerahkan semuanya kepada staf.

Minggu lalu, berakhir sudah siri kursus jahitan yang panjang. Jubah dan mini jubah. Saya begitu teruja dengan modul ini kerana ia memang mencabar pengalaman saya yang baru 9 tahun berkecimpung dalam dunia jahitan. Dari saat sidang merancang bahan, tarikh, jadual, peserta, makan... ia memberikan pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Untuk modul ini, saya telah melatih 40 orang peserta dengan pelbagai tingkat kemahiran. Mengukur, mendraf pola, memotong, menjahit dan menekan. Ada juga sub kemahiran seperti menjahit zip, membuat butang balut & rumah butang, menambah nilai pengetahuan buat mereka. Tujuan melatih mereka ialah tidak lain ialah menjadi usahawan.

Ada yang memang pandai menjahit, ada yang separuh pandai, ada yang tak pandai... semua saya terima dan saya telah redha. Tetapi yang amat menyentuh hati, semua peserta dapat memakai 2 baju tersebut semasa sesi bergambar. Ada yang ditolong oleh saya dan ada yang ditolong oleh rakan yang lain. Syukurlah. Saya doakan semua pelatih saya kaya dan berjaya. Saya halalkan semua ilmu, saya maafkan semua salah silap para pelatih saya. Saya minta maaf juga atas semua salah tutur dan tingkah laku saya ya. Jumpa lagi nanti ya. Publish!






20 Julai 2015

Kedai Menjual Bahan Jahit & Kraf di Merlimau, Melaka

Terdapat sebilangan bahan jahit di kedai kami. Para pelanggan boleh mendapatkan jarum mesin domestik, gunting, templet, butang bercorak, zip, benang, fabrik flannel & felt. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan terdapat pelbagai pilihan. Jemput berkunjung ya :)











What's app staf saya Suraya 0175858002 untuk pertanyaan.

22 Jun 2015

Pembekal Alat Jahit & Kraf

Syarikat ada menjual dan membekal beberapa item alat jahit dan kraf untuk para pelanggan. Kami dapatkan ia terus dari kilang. Oleh yang demikian, kami dapat menawarkan harga runcit yag berpatutan. Jemput singgah menjamu mata dan membeli :)

Hubungi staf saya, Suraya 0175858002 melalui aplikasi What’s App. Mungkin boleh datang ke premis kami di Merlimau, Melaka.

Selamat berpuasa






15 April 2015

Pembekal Flat Flower Pin








Flat Flower Pin. Syarikat saya mengambil bahan ini secara pukal dari kilang. Ia digunakan sebagai peniti pada pola. Boleh juga digunakan sebagai pin shawl. Oleh kerana warna dan ketajaman peniti ini, jualan secara online dan offline memang baik. Berikut merupakan maklumat harga jualan dan kuantiti.

50 pcs RM 7
500 pcs RM 40
5000 pcs RM 350

Bagi urusan pembelian, boleh hubungi (what's up) staf saya Cik Suraya, 0175858002.

04 Februari 2015

Dokumentasi Latihan Kemahiran

Assalammualaikum,

Saya menyedari akan kepentingan dokumentasi dalam urusan perniagaan terutama sekali ketika menjalankan program latihan kemahiran. Menyimpannya dengan teratur juga utama kerana ia mengurangkan pembuangan masa. Apabila ada pihak yang meminta sebutharga, saya akan terus mendapatkan dokumen tersebut di tempat yang tepat. Tidaklah saya 'tercari-cari'. Apabila komputer saya di'format' semula, saya jadi tak keruan... Memanglah saya ada buat 'back up' tetapi nak 'mengorek' bukan senang.

Permulaan kepada proses dokumentasi bagi menjalankan latihan kemahiran ialah:
1. Mengenalpasti produk
2. Sidang merancang
3. Latihan dalaman
4. Menyediakan sebutharga


Apabila latihan dijalankan, maka proses berikut pula berlaku:
1. Laporan latihan
2. Invois/resit

Sebenarnya apabila latihan dalaman dilakukan, nota juga boleh dibangunkan. Bagi syarikat yang ada ramai kakitangan, sempatlah mereka membangunkan nota. Bagi saya... phew, nota yang detail, tu sy buat kemudian. Ketika latihan dalaman, saya hanya sempat buat nota asas sahaja. Menyediakan sebutharga pula lazimnya saya akan buat berseorangan sebab staf tak maklum tentang harga. Proses 'scan' produk akan saya lakukan untuk menganggar kosnya. Ada rakan saya yang membuat sebutharga waktu tengah malam kerana tak mahu ada gangguan.

Memang benar, penyediaan sebutharga bukanlah mudah, jika ada item yang tertinggal... jenuh pula nak memaklumkan kepada pihak yang meminta sebutharga bahawa kita tersilap beri sebutharga. Tergambar pula sikap tidak teliti dan tidak profesional kita. Menyebut tentang nota... jauh di sudut hati, saya teringin menulis buku dalam bidang jahitan sebelum saya 'pencen' (saya tak tahu bila nak pencen). Dengan izin Allah, semua ini akan terlaksana juga. Melihat rakan-rakan saya menghasilkan buku, ia menyuntik semangat saya ini.

Berjumpa lagi Inshaallah.
Publish!