27 Julai 2017

BUSINESS MODEL CANVAS

Bismillah.

Bersedia untuk mantap dalam Business Model Canvas. Mengapa? Saya mahu bantu beratus-ratus Usahawan lain di luar sana terutama sekali dalam jahitan untuk meningkatkan pendapatan dari masa ke semasa. Nampaknya perjuangan saya masih panjang. Syukur masih bernafas. Alhamdulillah. Klik www.wasap.my/60126681686.


23 Julai 2017

KELAS PENGURUSAN SYARIKAT: ONLINE

Bismillah.

Minggu ini ada beberapa khabar yang menggembirakan dalam kesibukkan kita mengejar due kerja yang bersusun. Kih, kih... Allah sebaik perancang. Kita mungkin tak suka apa yang Allah beri, tapi itulah yang terbaik buat kita tanpa kita tahu. Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Kelas pengurusan syarikat secara atas talian sebenarnya telah dilaksanakan. Sekiranya anda melihat poster ini... maka, itulah kelasnya. Ada kelas Pengurusan Dokumen Jualan Tunai, Pengurusan Dokumen Jualan Bukan Tunai, Pemasaran Offline dan Pemasaran Online... Klik www.wasap.my/60126681686 untuk pertanyaan ya. Publish!


19 Julai 2017

LANGSIR: PALMET


Bismillah.

Semalam, ulang buat langsir. He, he... tidur malam pun termimpi. Aduhai... Pembuatan langsir memang memakan masa yang panjang kerana bekerja dengan fabrik yang besar. Namun dah namanya tukang jahit... buat sahajalah hingga dalam mimpi. Ekeke... 

Apabila menjahit #langsirpalmet... perlukan pola.


Kemudian letak pola pada fabrik.


Lukis garis jahitan pada fabrik dan jahit.





Jahit ikut garis biru tu tau. Lepas tu baru potong basi jahitan supaya tak lari. Selamat mencuba. Publish!





12 Julai 2017

POLA: BOXY BAG


Bismillah.

Lama sudah tidak menulis di sini. Semoga semua sihat dan bahagia. Baik, kali ini saya sertakan pola boxy bag dan gambarnya bersama. Boleh ambil dan cuba ya. Sebenarnya berada dalam industri jahitan memang seronok kerana boleh menghasilkan banyak produk dan boleh menjualnya. Jemput datang ke kedai saya di Pekan Merlimau, Melaka untuk #kelaskraf hands on ya. Klik...