29 Oktober 2018

DEMO DI MENARA TAMING SARI.




Bismillah.
DEMO DI MENARA TAMING SARI.
Marilah saksikan demonstrasi membuat brooch dari fabrik cotton bercorak batik. Selamat menyambut Tahun Melawat Melaka 2019 ya 👋🏻.
Pengurus Syarikat Jahitan cum Founder Pin Pleat Craft
20 Oktober 2018
Jurnal Kehidupan

SERVIS PRODUK.


Bismillah.
SERVIS PRODUK.
Bila hantar produk ke tempat tertentu berkonsepkan #konsaimen atau #vendor... mesti servis produk kita. Servis tu macam mana? Posting panjang, terus membaca.
Baik... soalan bagus tu.
1. Lihat #keadaan produk, jika berhabuk... lap. Libas kiri kanan, tiup. Letak balik. Jurujual tak terbuat semua kerja. Kita bantulah.
2. Kemaskini #stok. Tengok kad stok... produk apa yang kurang. Warna apa yang hit. Komen pelanggan. Komen jurujual juga penting.
3. Hias tapak yang kita sewa tu guna #prop sendiri. Jika jual pin cushion... letaklah sewing box, gunting kecil, cucuk peniti atas pin cushion. Pandangan jurujual tak sama macam pandangan founder produk.
4. Bila kita hias guna prop sendiri, kita wujudkan ‘Kenapa saya mesti beli produk ni?’. Apabila pelanggan #berfikir ‘why’ tadi, maka setidak-tidaknya dia sudah berhenti lebih dari 3 saat dan in sha Allah belilah.
Bagi yang menduduki kerusi pengasas produk, tentu ada yang kesuntukan masa buat logo. Saya cadangkan guna servis Cik Puan Raina Arawinda. Logo Pin Pleat Craft tu, beliaulah yang buatkan. ♥️
Pengurus Syarikat
22 Oktober 2018
Jurnal Kehidupan