13 November 2018

PERTEMPURAN KORPORAT

Bismillah.
PERTEMPURAN KORPORAT.
Apabila sudah memasuki umur 38 tahun. Memang mengelak dari bertempur di medan. Di semua rangkaian media sosial, bersikap tidak sarkastik. Pertempuran korporat dalam industri amat seronok ditonton oleh pemain lain. Elak menjadi watak penting dalam pertempuran korporat.
Memang baru sahaja menemui cara mengelak dari perkara ini terjadi. #businessmodelcanvas#pengurusan#kewangan#blueocean#designthinking. Sudah menulis rancangan untuk pencen dari kerja jahitan. Berbaki 12 tahun lagi. Ha, ha... maklumlah, bukan ada pencen. Tetap akan bekerja juga tetapi tidaklah menekun di mesin lagi.
Saya? Tak kerja? Memang taklah... sebab memang kaki kerja 😂
Pengurus Syarikat
6 Oktober 2018
Jurnal Kehidupan

05 November 2018

HASIL DEMO

Bismillah.
HASIL DEMO.
Demo kerongsang corak batik. Inilah yang paling mudah. Kancil tak boleh demo di tempat begitu... sebab? Mesin jahit mudah alih tu mahukan power supply. Next time kita bawa yang belum di isi loose fiber... kita isi, sembat dan pasang mata di sana. Dua meja banquet tak cukup tau. Yang buat #kraf... tahulah menyepahnya macam mana 😂.
Founder Pin Pleat Craft
27 Oktober 2018
Jurnal Kehidupan


29 Oktober 2018

DEMO DI MENARA TAMING SARI.




Bismillah.
DEMO DI MENARA TAMING SARI.
Marilah saksikan demonstrasi membuat brooch dari fabrik cotton bercorak batik. Selamat menyambut Tahun Melawat Melaka 2019 ya 👋🏻.
Pengurus Syarikat Jahitan cum Founder Pin Pleat Craft
20 Oktober 2018
Jurnal Kehidupan

SERVIS PRODUK.


Bismillah.
SERVIS PRODUK.
Bila hantar produk ke tempat tertentu berkonsepkan #konsaimen atau #vendor... mesti servis produk kita. Servis tu macam mana? Posting panjang, terus membaca.
Baik... soalan bagus tu.
1. Lihat #keadaan produk, jika berhabuk... lap. Libas kiri kanan, tiup. Letak balik. Jurujual tak terbuat semua kerja. Kita bantulah.
2. Kemaskini #stok. Tengok kad stok... produk apa yang kurang. Warna apa yang hit. Komen pelanggan. Komen jurujual juga penting.
3. Hias tapak yang kita sewa tu guna #prop sendiri. Jika jual pin cushion... letaklah sewing box, gunting kecil, cucuk peniti atas pin cushion. Pandangan jurujual tak sama macam pandangan founder produk.
4. Bila kita hias guna prop sendiri, kita wujudkan ‘Kenapa saya mesti beli produk ni?’. Apabila pelanggan #berfikir ‘why’ tadi, maka setidak-tidaknya dia sudah berhenti lebih dari 3 saat dan in sha Allah belilah.
Bagi yang menduduki kerusi pengasas produk, tentu ada yang kesuntukan masa buat logo. Saya cadangkan guna servis Cik Puan Raina Arawinda. Logo Pin Pleat Craft tu, beliaulah yang buatkan. ♥️
Pengurus Syarikat
22 Oktober 2018
Jurnal Kehidupan

20 Februari 2018

BONIA: SILICON COAT

Bismillah. Assalammualaikum.

SILICON COAT.

Masih ingat post tentang kecederaan industri? Baik, inilah alat pelindung yang patutnya saya pakai sebelum menjahit zip bag. In sha Allah boleh mengurangkan kecederaan industri yang saya sebutkan dahulu.

Terjumpa alat ini di Daiso. Mulanya saya beli saiz M. Yang kecil berwarna merah jambu dan runcing tu. Ha, ha... perasan jari kiut. Pakai... tak muat pula 🤷🏻‍♀️. Minggu berikut, saya beli yang besar. He, he... baru sesuai.

Kenapa kita tak muat ya? Padahal kita comel kemain lagi. ♥️. Sebab jurujahit, jurupotong kerap menggunakan tangan dan sendi dan jemari kita biasanya lebih besar berbanding mereka yang bekerja sebagai kerani misalnya.

He, he... lepas baca post ni, dia tengok tangan dia 👋🏻😂

19 Februari 2018
Penjahit Beg Bonia

#cikgujahit
#tukangjahit
#pengurussyarikat
#supertailor
#polapukalbisnes
#insken
#karyaneka
#kelasjahit
#kelaspengurusanperniagaan
#bonia
#melaka
@pinpleat
@hafizah868


04 Januari 2018

PIN PLEAT FREE ON TELEGRAM. SIRI 1.

Bismillah. Assalammualaikum.

PIN PLEAT FREE ON TELEGRAM

Jemputan istimewa untuk para pemula dalam bidang jahitan dan para pencinta ilmu kesayangam baginda Rasulullah. Titipan ilmu Allah bagi yang mencari. Silakan menerima dengan senyuman. Klik link di bawah.

Tajuk: Jenis-jenis kancing
Tarikh: 7 Januari 2018
Hari: Ahad
Masa: 9 malam
Link: t.me/jeniskancing

HELLO 2018 😄

#cikgujahit #tukangjahit #supplierbarangjahit #crafter #companymanager #supertailor #polapukalbisnes #insken #favfamily #karyaneka #kelasjahit #kelasonline #kelaspengurusanperniagaan @pinpleat @hafizah868