RSS
Post Icon

Kapas : tekstil yang lembut dan telus angin

 

Kapas merupakan gentian lembut yang terdapat disekeliling biji pokok kapas, pokok renek yang tempatan di kawasan tropika dan sub-tropika. Gentian ini biasanya dijadikan benang dan digunakan bagi menghasilkan tekstil yang lembut dan telus angin.

Kapas telah digunakan untuk menghasilkan pakaian ringan yang baik di kawasan tropika selama ber(millennia). Sesetengah pihak mendakwa bahawa kemungkinannya Mesir purba telah mempunyai kapas semenjak seawal 12,000 BC, dan terdapat bukti tentang kapas di gua Mexico (pakaian kapas dan serpihan gentian ditenun bersama bulu pelepah dan bulu) yang bertarikh semenjak sekitar 7,000 tahun lalu. Terdapat bukti arkheologi bahawa penduduk di Amerika Selatan dan India menanam kapas spesies berlainan secara berasingan semenjak beribu-ribu tahun lalu.

Rujukan bertulis terawal mengenai kapas terdapat di India. Kapas telah ditanam di India sejak tiga ribu tahun lalu, dan dirujuk di dalam Rig-Veda, ditulis pada 1500 BC. Seribu tahun kemudiannya sejarahwan agung Greek Kuno, Herodotus menulis mengenai kapas India: "Terdapat pokok yang tumbuh meliar di sana, buahnya merupakan benang bulu lebih cantik dan elok berbanding bulu biri-biri. Orang-orang India menghasilkan pakaian mereka daripada bulu pokok ini".

Pada akhir tempoh mediaeval, kapas dikenali sebagai gentian diimport di utara Eropah, tanpa sebarang pengetahuan lain selain bahawa ia merupakan berasal daripada tumbuhan; penduduk dikawasan ini, biasa hanya dengan gentian haiwan (benang bulu daripada biri-biri), hanya boleh membayangkan bahawa kapas semestinya dihasilkan oleh pokok yang berbuah biri-biri. John Mandeville, menulis pada 1350, menyatakan sebagai fakta kepercayaan yang sekarang ini terbukti mengarut: "Terdapat di India sejenis pokok yang mengkagumkan yang mempunyai biri-biri kenik pada hujung dahannya. Dahannya ini mudah melentur sehinggakan ia bengkok kebawah bagi membenarkan biri-biri ini makan apabila mereka lapar.". Aspek ini kekal sebagai nama kapas dalam kebanyakan bahasa Eropah, seperti bahasa Jerman Baumwolle, yang bererti "bulu pokok - tree wool".

Industri kapas banyak bergantung kepada bahan kimia terutamanya seperti baja dan racun serangga, walaupun sesetengah peladang bertukar arah kepada model penghasilan organik, dan keluaran kapas organik bebas kimia ada terdapat sekarang. Dalam sejarah, salah satu perosak paling teruk dari segi ekonomi dalam penghasilan kapas merupakan boll weevil.

Kebanyakan kapas dituai secara mekanikal, samaada melalui pemungut kapas, mesin yang memetik kapas daripada bull tanpa merosakkan pokok kapas, atau oleh penanggal kapas yang menanggalkan keseluruhan pod daripada pokok. Penanggal kapas secara umumnya digunakan dikawasan dimana ia terlalu berangin untuk menanam jenis pokok kapas boleh pungut dan biasanya digunakan selepas penyemburan bahan defoliant atau defoliation semulajadi yang berlaku selepas beku. Kapas merupakan tumbuhan tanaman sepanjang tahun dikawasan tropika dan tanpa defoliation atau pembekuan, pokok kapas akan tumbuh sepanjang masa. Kapas merupakan rumpun keluarga okra dan hibiscus.

Kegunaan

Selain kegunaan dalam pengilangan tekstil, kapas digunakan bagi menghasilkan jala, penapis kopi, khemah dan menjilid buku. Kertas Cina yang pertama dihasilkan dengan menggunakan gentian kapas, sama seperti duit kertas moden. Hos pemadam api juga pernah dihasilkan daripada kapas.  Denim, jenis kain yang tahan lasak, kebanyakan bahan mentahnya adalah daripada kapas, seperti mana kebanyakan T-shirt. 

Biji kapas yang tertinggal selepas kapas diproses, digunakan bagi menghasilkan minyak biji kapas, yang mana selepas diproses boleh dimakan oleh manusia sebagaimana minyak sayuran lain. Biji kapas yang tinggal biasanya diberi makan kepada haiwan ternakan.

 sumber : ensiklopedia bebas

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Batik : kraftangan yang unggul di Malaysia



Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi.

Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif Batik

Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Contoh Motif Organik :

1.Motif Ayam
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Pucuk Rebung
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput

 Contoh Motif Geometrik :

1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur


Corak


Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut.

Antara corak-corak yang sering digunakan :


1.Corak Berdiri
2.Corak Jalur
3.Corak Melintang
4.Corak Menyeluruh
5.Corak Menyerong
6.Corak Tompok-tompok
7.Corak Ulangan Batu-bata
8.Corak Ulangan/Selang seli

Proses Membuat

Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik :

1.Blok penerap
2.Campuran lilin
3.Kain
4.Pencelup
5.Sebuah Meja

Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. 

Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.


Penjenisan Kain Batik

Batik terbahagi kepada tiga jenis iaitu :


Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.


Batik Canting

Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.


Batik Skrin

Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.




Penggunaan


Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik.

Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Ia begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik serta sering menjadi pilihan para pelancong untuk dibawa pulang sebagai cenderahati kenang-kenangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Ulat Sutera : penghasilan fabrik yang mengkagumkan

 

Ulat sutera adalah larva kupu-kupu yang amat penting bagi secara ekonomi bagi pengeluaran sutera. Makanan ulat sutera hanyalah daun mulberi. Ia berasal dari utara China.

Ulat sutera mempunyai nafsu makan yang besar. Ia makan daun siang dan malam berterusan. Dengan itu mereka cepat membesar. Apabila warna kepala mereka bertukar menjadi gelap, ia bererti masanya sudah tiba bagi mereka bersalin kulit. Selepas bersalin kulit sebanyak empat kali, badan mereka menjadi kekuningan dan kulit mereka lebih ketat, yang menunjukkan tanda mereka akan membalut diri mereka dengan benang sutera.

Ulat sutera menghasilkan kepompong daripada sutera mentah. Kokun ini dihasilkan daripada sehelai benang sutera mentah sepanjang 300 hingga 900 meter (1000 hingga 3000 kaki).

Sekiranya ulat bulu dibiarkan mengigit keluar daripada kepompong secara sendiri, benang akan dipotong pendek dan sutera menjadi tidak berguna, dengan itu kepompong ulat sutera akan direbus untuk membunuh ulat sutera dan memudahkan penguraian benang sutera. Ulat sutera itu sendiri sering kali dimakan.  Kupu-kupu dewasa yang dibela untuk penghasilan sutera tidak boleh terbang. Ia juga dikenali sebagai kupu-kupu sutera atau ulat sutera mulberi. Disebabkan sejarahnya yang lama dan dan kepentingan ekonomi, ulat sutera genom telah menjadi tumpuan kajian moden.

Telur-telur mengambil masa selama sepuluh hari untuk menetas. Larva-larva yang keluar makan terus menerus. Larva-larva itu menggemari Kertau Putih yang tertarik pada cis-jasmone berbau kertau. Larva-larva itu bukan monofagus kerana larva-larva itu mampu memakan spesies-spesies Morus dan juga Moraceae. Larva-larva yang baru menetas dan larva-larva instar kedua dipanggil kego & chawki di India. Larva-larva itu dilitupi dengan bebulu hitam yang halus. Apabila warna kepala larva-larva itu bertukar lebih gelap, ia menunjukkan bahawa larva-larva itu akan bersalin kulit. Kemudian instar-instar itu berwarna putih, tidak berkulit dan mempunyai tanduk di bahagian belakang.


Sejarah Penemuan Sutera

Di China, terdapat lagenda bahawa sutera yang didapati dari ulat sutera disedari oleh maharani silam bernama Xi Ling-Shi (Cina: 嫘祖; pinyin: Léi Zǔ). Dia sedang bersiar-siar apabila dia menyedari kepompong ulat sutera. Dia menggunakan jarinya untuk menyentuhnya, dan menakjubkan, selembar benang terkeluar. Apabila semakin banyak keluar dan membaluti disekeliling jarinya, dia perlahan-lahan berasa panas. Apabila sutera itu habis, dia melihat kepompong kecil. Dengan serta merta dia menyedari bahawa kepompong itu merupakan sumber sutera. Dia mengajar hal ini kepada semua orang dan ia merebak. Terdapat banyak lagenda lain mengenai ulat sutera.

Orang Cina menjaga pengetahuan sutera mereka daripada diketahui orang lain. Dikatakan bahawa seorang rahib Cina menyeludup ulat sutera yang disembunyikan dalam tongkat berongga keluar dari China dan menjual rahsia itu ke Eropah.


Rahsia Perubatan Ulat Sutera

Ulat sutera merupakan sumber perubatan tradisi China "bombyx batryticatus" atau "ulat sutera kaku" (Cina Ringkas: 僵蚕; Cina Tradisional: 僵蠶; pinyin: jiāngcán). Ia adalah peringkat larva kering ke-4 atau 5 yang mati akibat penyakit muskadin putih disebabkan oleh jangkitan kulat Beauveria bassiana. Kegunaannya adalah bagi menyingkir angin, mencairkan kahak dan meringankan kekejangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Songket dan sejarahnya



Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak.

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.
Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.

Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.

Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15.

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.

Hari ini, pemakainya lebih menyeluruh, tidak terhad kepada kerabat diraja. Cara pemakaiannya juga lebih meluas, bersesuaian dengan majlis begitu juga corak dan motifnya yang semakin kontemporari, sesuai dengan perubahan dan peredaran masa. Suasana yang melatari songket kini turut berubah selaras dengan peredaran masa.

Kini, usaha untuk memastikan kesinambungan industri songket masih berterusan dan secara relatifnya berjaya mencapai tahap yang memuaskan sehingga songket semakin popular digunakan sebagai busana majlis perkahwinan, hantaran perkahwinan, cenderahati dan hiasan dinding.

Peningkatan kos penghasilan sutera, benang emas dan perak serta perubahan fesyen dan trend sedikit sebanyak mempengaruhi industri songket seawal pertengahan abad ke-20.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Post Icon

Biodata calon 100 alumni UUM berjaya

Nur Hafizah Binti Karim
CALON 100 ALUMNI UUM BERJAYA

Puan Nur Hafizah binti Karim telah dilantik sebagai teknology provider oleh Giatmara Malaysia bagi mengendalikan program sulaman manik, riben juga jahitan pakaian wanita di bawah program pembasmian kemiskinan Giatmara pada tahun 2009 dan 2011. Beliau mengendalikan kursus 3L (Long Life Learning) bersama Giatmara Jasin pada tahun 2010 dan program itu telah melatih seramai 53 orang peserta dalam tempoh 2 bulan. Bagi program perantisan Giatmara-EPU yang dilaksanakan pada tahun 2009 dan 2011, seramai 13 orang perantis telah dan sedang dilatih. Beliau yang dilahirkan di Kg Serkam, Merlimau, Melaka pada 16 Januari 1980 telah menamatkan pengajian di UUM dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa pada tahun 2002. 

Bermulanya langkah beliau dalam bidang kemahiran pada tahun 2004 ketika menamatkan latihan sebagai pelatih terbaik Giatmara Jasin-Bengkel Jahitan Pakaian. Beliau melangkah lebih jauh apabila ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 dan 2 bagi Pembuat Pakaian Wanita dan Lelaki oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia di Pusat Bertauliah Bak’s Creation. Dengan pengiktirafan sebagai Senior Ladies Dress Maker dan Senior Measure Made to Garment, beliau telah dilantik sebagai tenaga pengajar sambilan untuk Program Latihan 1 Malaysia bagi Kolej Komuniti Jasin, Jabatan Belia dan Sukan Melaka dan Giatmara Malaysia.

Pengalaman selama 7 tahun dalam bidang perniagaan membolehkan beliau menjalankan tugas  sebagai mentor Program Keusahawanan Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Beliau kini merupakan  ahli jawatankuasa penasihat kolej tersebut pada Januari 2011. Kolaborasi beliau dengan kolej itu telah diterjemahkan dalam perlaksanaan program kebolehpasaran graduan bagi program fesyen dan pakaian pada Septmber 2010. Majlis pertunjukan fesyen anjuran Kolej Komuniti Bukit Beruang sering dihadiri. Pada Disember 2010, beliau menyertai dialog mewakili industri dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Terkini, bermulanya Mei 2011 hingga November 2011 beliau merupakan entiti yang menjalankan latihan perantisan dengan Jabatan Belia dan Sukan Melaka.

Terdapat 3 aktiviti utama yang dijalankan oleh syarikat milik beliau seperti latihan, pengeluaran pakaian, pembekalan mesin dan alat jahit. Perolehan syarikat 100% milik bumiputera ini menjangkau RM 250 000 sejak ditubuhkan pada tahun 2006. Penyediaan latihan bagi agensi-agensi kerajaan seperti Giatmara, Kolej Komuniti serta Jabatan Belia dan Sukan menyumbang kepada 35% perolehan syarikat. Pembekalan alat jahit menjadi aktiviti kedua penting bilamana syarikat berjaya membekalkan bahan-bahan tersebut kepada Kolej Komuniti Bukit Beruang dan Giatmara Melaka. Nilai projek dianggarkan kira-kira RM 25 000 setahun. Selain berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai kontraktor/pembekal, syarikat juga merupakan vendor Felda Holding. 

Aktif dalam Kelab Usahawan Giatmara Melaka selaku Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Koperasi Usahawan Giatmara Melaka Berhad. Menyedari tanggungjawab sebagai majikan, syarikat mencarum dengan KWSP dan PERKESO serta tidak lupa untuk menyumbang semula kepada negara sebagai pembayar cukai sejak tahun 2009 dan zakat melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri juga Pusat Zakat Negeri Melaka. Adalah menjadi kebanggaan beliau untuk berkongsi pengalaman bersama alumni dan memberi bakti kepada UUM terutama sekali dalam proses value adding modal insan keluaran UUM.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apesal.com