04 Februari 2015

Dokumentasi Latihan Kemahiran

Assalammualaikum,

Saya menyedari akan kepentingan dokumentasi dalam urusan perniagaan terutama sekali ketika menjalankan program latihan kemahiran. Menyimpannya dengan teratur juga utama kerana ia mengurangkan pembuangan masa. Apabila ada pihak yang meminta sebutharga, saya akan terus mendapatkan dokumen tersebut di tempat yang tepat. Tidaklah saya 'tercari-cari'. Apabila komputer saya di'format' semula, saya jadi tak keruan... Memanglah saya ada buat 'back up' tetapi nak 'mengorek' bukan senang.

Permulaan kepada proses dokumentasi bagi menjalankan latihan kemahiran ialah:
1. Mengenalpasti produk
2. Sidang merancang
3. Latihan dalaman
4. Menyediakan sebutharga


Apabila latihan dijalankan, maka proses berikut pula berlaku:
1. Laporan latihan
2. Invois/resit

Sebenarnya apabila latihan dalaman dilakukan, nota juga boleh dibangunkan. Bagi syarikat yang ada ramai kakitangan, sempatlah mereka membangunkan nota. Bagi saya... phew, nota yang detail, tu sy buat kemudian. Ketika latihan dalaman, saya hanya sempat buat nota asas sahaja. Menyediakan sebutharga pula lazimnya saya akan buat berseorangan sebab staf tak maklum tentang harga. Proses 'scan' produk akan saya lakukan untuk menganggar kosnya. Ada rakan saya yang membuat sebutharga waktu tengah malam kerana tak mahu ada gangguan.

Memang benar, penyediaan sebutharga bukanlah mudah, jika ada item yang tertinggal... jenuh pula nak memaklumkan kepada pihak yang meminta sebutharga bahawa kita tersilap beri sebutharga. Tergambar pula sikap tidak teliti dan tidak profesional kita. Menyebut tentang nota... jauh di sudut hati, saya teringin menulis buku dalam bidang jahitan sebelum saya 'pencen' (saya tak tahu bila nak pencen). Dengan izin Allah, semua ini akan terlaksana juga. Melihat rakan-rakan saya menghasilkan buku, ia menyuntik semangat saya ini.

Berjumpa lagi Inshaallah.
Publish!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan