21 November 2017

KELAS JAHITAN KRAF ONLINE: JANUARI 2018

Bismillah. Assalammualaikum.

Memahami peri pentingnya kursus online yang dapat membuka lebih banyak peluang kepada wanita yang tidak punya kenderaan, menjaga anak kecil dan mereka yang jauh dari lokasi penganjuran... syarikat menawarkan kursus jahitan untuk kraftangan. Dengan bayaran serendah RM20 bagi satu modul, peserta akan mendapat kit bahan dan menikmati postage percuma. Rebutlah peluang ini dengan berhubung terus dengan klik www.wasap.my/60126681686. Semoga berjumpa ya. In sha Allah.


ALTERASI & TEMPAHAN UNIFORM

Bismillah. Assalammualaikum.

Lokasi kedai tempat saya berniaga sangat mudah bagi pelanggan singgahi. Tak perlu pening dengan parking dan berjalan jauh. Park kereta, terus sahaja tiba dan masuk berurusan. Baik, Disember ini tentu ada yang mahu menempah pakaian dan ubahsuai uniform bukan? Bolehlah ke kedai saya di Pekan Merlimau, Melaka. Dekat dengan Coconut Shake Merlimau atau klik www.wasap.my/60126681686. Bercakap dengan pengurus ya, Puan Hafizah. Publish!


16 November 2017

PIN PLEAT MENYEMAI BAKTI 2018

Bismillah. Assalammualaikum.

Program ini akan diadakan seawal Januari tahun 2018. Sebanyak 12 slot disediakan untuk audien yang mahu kami menadakan CSR ini di tempat tuan dan puan. Terdapat dua modul terlibat iaitu Pyramid Pouch dan Make Up Bag. Sukacita kami maklumkan bahawa program ini akan diadakan di sekitar Melaka. Jemput berhubung dengan Pengurus iaitu Puan Hafizah di talian +60126681686 untuk menempah tarikh dan memaklumkan tempat. Salam penuh kasih sayang. Publish.


14 November 2017

KELAS PENGURUSAN PERNIAGAAN JANUARI 2018

Bismillah. Assalammalaikum.

Baiklah. Ini kelas untuk pengurusan perniagaan pula. Selaku pengurus, saya rasa ingin membantu lebih ramai para pengurus syarikat jahitan untuk mengurustadbir syarikat dengan lebih baik. Sebenarnya inilah kelemahan utama kita apabila berniaga. Audien yang ingin saya jemput ialah para pengurus syarikat jahitan dan pengurus kedai jahit yang mengendalikan syarikat mereka sendiri. Jemput lihat senarai jadual subjek yang ditawarkan ya.


KELAS JAHITAN JANUARI 2018

Bismillah. Assalammualaikum.

Lama saya tak menulis di sini. Kih, kih... saya aktif di Facebook. Namun saya cuba menulis di sini juga ya... Bagi tahun 2018, syarikat telah menyusun jadual untuk kelas jahitan secara hands on, maksudnya secara praktikal. Ada banyak modul yang bakal dibawa terus kepada peserta di serata Malaysia. Oleh yang demikian... boleh rujuk jadual di bawah ya. Jumpa lagi semua kesayangan.