20 Februari 2018

BONIA: SILICON COAT

Bismillah. Assalammualaikum.

SILICON COAT.

Masih ingat post tentang kecederaan industri? Baik, inilah alat pelindung yang patutnya saya pakai sebelum menjahit zip bag. In sha Allah boleh mengurangkan kecederaan industri yang saya sebutkan dahulu.

Terjumpa alat ini di Daiso. Mulanya saya beli saiz M. Yang kecil berwarna merah jambu dan runcing tu. Ha, ha... perasan jari kiut. Pakai... tak muat pula 🤷🏻‍♀️. Minggu berikut, saya beli yang besar. He, he... baru sesuai.

Kenapa kita tak muat ya? Padahal kita comel kemain lagi. ♥️. Sebab jurujahit, jurupotong kerap menggunakan tangan dan sendi dan jemari kita biasanya lebih besar berbanding mereka yang bekerja sebagai kerani misalnya.

He, he... lepas baca post ni, dia tengok tangan dia 👋🏻😂

19 Februari 2018
Penjahit Beg Bonia

#cikgujahit
#tukangjahit
#pengurussyarikat
#supertailor
#polapukalbisnes
#insken
#karyaneka
#kelasjahit
#kelaspengurusanperniagaan
#bonia
#melaka
@pinpleat
@hafizah868


Tiada ulasan:

Catat Ulasan