12 Oktober 2015

Kursus Jahitan Jubah & Mini Jubah

Dah agak lama saya tidak menulis di blog. Sejak menimang cahaya mata pertama yang ditunggu selama empat tahun, sehingga kini (sudah setahun) saya masih menyesuaikan diri. Antara perkara yang saya berhenti lakukan sejak diberi pinjam cahaya mata ialah memotong baju, menjahit, memanik dan menulis blog. He, he... saya menyerahkan semuanya kepada staf.

Minggu lalu, berakhir sudah siri kursus jahitan yang panjang. Jubah dan mini jubah. Saya begitu teruja dengan modul ini kerana ia memang mencabar pengalaman saya yang baru 9 tahun berkecimpung dalam dunia jahitan. Dari saat sidang merancang bahan, tarikh, jadual, peserta, makan... ia memberikan pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Untuk modul ini, saya telah melatih 40 orang peserta dengan pelbagai tingkat kemahiran. Mengukur, mendraf pola, memotong, menjahit dan menekan. Ada juga sub kemahiran seperti menjahit zip, membuat butang balut & rumah butang, menambah nilai pengetahuan buat mereka. Tujuan melatih mereka ialah tidak lain ialah menjadi usahawan.

Ada yang memang pandai menjahit, ada yang separuh pandai, ada yang tak pandai... semua saya terima dan saya telah redha. Tetapi yang amat menyentuh hati, semua peserta dapat memakai 2 baju tersebut semasa sesi bergambar. Ada yang ditolong oleh saya dan ada yang ditolong oleh rakan yang lain. Syukurlah. Saya doakan semua pelatih saya kaya dan berjaya. Saya halalkan semua ilmu, saya maafkan semua salah silap para pelatih saya. Saya minta maaf juga atas semua salah tutur dan tingkah laku saya ya. Jumpa lagi nanti ya. Publish!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan