Kelas ini, saya buat di Kuala Pilah. Pesertanya terdiri daripada yang sangat mahir. Saya tak perlu banyak bicara. Jika pagi, saya serahkan pola... mereka salin pola, tanya basi jahitan, potong dan jahit. Edging, bawa balik atau upah rakan lain yang ada mesin untuk buat. Oleh yang demikian, dari 10 jenis tudung yang sepatutnya mereka pelajari, mereka jahit 12 jenis. Pola pula dapat 14 jenis. Wah, sungguh bertuah.
Di sini memang lain, mereka bukan sahaja bertanya tentang cara menjahit tetapi cara lain untuk mendapatkan wang. Jadi, saya cadangkan mereka untuk buka kelas atau jual pola. Ha... tetapi saya nak beri amaran awal (kepada tenaga pengajar), jika cetek pengalaman... mudah tersinggung... jangan datang mengajar di sini. Peserta di sini mahu yang luar biasa, bukan yang biasa-biasa. Tetapi mereka tidak lokek berkongsi ilmu. Mereka bantu saya untuk memurnikan modul Tudung Cincin 2 Layer dan berkongsi ilmu Telekung Lycra.
Kenangan mengajar di sini sangat manis. Seperti biasa, saya doakan para peserta atau pelatih saya kaya dan berjaya. Kongsikan ilmu kepada orang lain juga ya. Publish!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan