13 Disember 2015

Kelas Jahitan Pelbagai Modul

Kadar yuran terkini untuk tahun 2016

Tahun 2016 adalah tahun terbaik untuk saya dan syarikat. Berikut saya sertakan kadar yuran terkini untuk kelas jahitan pelbagai modul. Untuk makluman pembaca, semua bahan akan saya sediakan. Oh ya, untuk yang tiada asas jahitan, tuan/puan perlu melalui modul asas jahitan bernilai RM100. Selepas itu barulah boleh bermula dengan modul yang lain.

Setiap modul pakaian wanita RM250
  1. Baju kurung tradisional
  2. Baju kurung Pahang
  3. Baju kurung moden
  4. Baju kurung Kedah
  5. Jubah
  6. Mini jubah

Setiap modul pakaian lelaki RM350
  1. Baju melayu tradisional
  2. Baju melayu moden
  3. Jubah

Setiap modul kraf RM150
  1. Kusyen
  2. Beg 
  3. Anyaman gelang
  4. Kerongsang

Setiap modul langsir RM200
  1. Box pleat
  2. Double box pleat
  3. Box pleat with scallop
  4. Butterfly
  5. Box pleat with loose scallop
  6. Diamond
  7. Goblet
  8. French pleat
Kelas bertempat di premis:

NUR HAFIZAH BINTI KARIM
NO.4-094, JJM 17/6
JLN. JASIN-MERLIMAU
77300 MERLIMAU
MELAKA
 0126681686
Berhubung dengan Puan Hafizah.



12 Oktober 2015

Kelas Jahitan Tudung

Kelas ini, saya buat di Kuala Pilah. Pesertanya terdiri daripada yang sangat mahir. Saya tak perlu banyak bicara. Jika pagi, saya serahkan pola... mereka salin pola, tanya basi jahitan, potong dan jahit. Edging, bawa balik atau upah rakan lain yang ada mesin untuk buat. Oleh yang demikian, dari 10 jenis tudung yang sepatutnya mereka pelajari, mereka jahit 12 jenis. Pola pula dapat 14 jenis. Wah, sungguh bertuah.

Di sini memang lain, mereka bukan sahaja bertanya tentang cara menjahit tetapi cara lain untuk mendapatkan wang. Jadi, saya cadangkan mereka untuk buka kelas atau jual pola. Ha... tetapi saya nak beri amaran awal (kepada tenaga pengajar), jika cetek pengalaman... mudah tersinggung... jangan datang mengajar di sini. Peserta di sini mahu yang luar biasa, bukan yang biasa-biasa. Tetapi mereka tidak lokek berkongsi ilmu. Mereka bantu saya untuk memurnikan modul Tudung Cincin 2 Layer dan berkongsi ilmu Telekung Lycra.

Kenangan mengajar di sini sangat manis. Seperti biasa, saya doakan para peserta atau pelatih saya kaya dan berjaya. Kongsikan ilmu kepada orang lain juga ya. Publish!