04 Januari 2013

Segmen Penyumbang Pendapatan Syarikat




Dalam sebuah syarikat yang berorientasikan perkhidmatan dalam bidang jahitan, terdapat beberapa segmen yang menyumbang kepada pendapatan syarikat. Adalah penting bagi sesebuah syarikat untuk tidak mengamalkan pergantungan yang keterlaluan dalam satu-satu segmen. Ini kerana ia boleh menjejaskan penjanaan pendapatan syarikat apabila segmen tersebut tidak dapat berfungsi. Perkara ini pernah saya sertakan dalam pengisian Program Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka pada tahun 2009.

Adalah penting bagi pengurus syarikat menjadi individu yang kreatif dalam mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat. Kaedah pemikiran yang kreatif dan kritikal ini amat diperlukan apabila syarikat telah mempunyai premis perniagaan dan pekerja. Dengan memiliki premis dan pekerja, bermakna perbelanjaan syarikat menjadi semakin besar. Oleh yang demikian, pendapatan syarikat harus datang dari pelbagai sumber. Segmen-segmen tadilah yang akan menyumbang kepada pendapatan syarikat.

Semoga berjumpa lagi di lain 'post'. 'Publish!'.



03 Januari 2013

Training of Trainers

Syarikat memulakan tahun 2013 dengan mengadakan beberapa siri Training of Trainers bersama beberapa pengurus syarikat lain iaitu Puan Siti Aishah dari I Sha Creative Centre dan Puan Mila dari Mila JJ Collections. Siri latihan ini diadakan bermula pada pertengahan Disember 2012 selama dua minggu. 

Perkongsian pintar antara tenaga pengajar ini hanya melibatkan kos bahan. Terdapat kira-kira tujuh modul yang telah dibangunkan seperti Tote Bag & Reversible Bag, Tote Bag Modified & Round Reversible Bag, Bracelet, Crumble, Kusyen Mini Maharani, Kreativiti Membuat Aksesori Wanita dan Kraftangan Felt.

Tote bag

Perkembangan pengetahuan dalam pelbagai bidang adalah amat penting untuk mengadakan lebih banyak program latihan. Saban tahun, syarikat memperuntukkan sejumlah peruntukan untuk membeli buku atau menjalani latihan dari agensi-agensi kerajaan seperti Kolej Komuniti, Giatmara atau pun syarikat-syarikat lain yang sama-sama terbabit dalam bidang latihan.

Memandangkan latihan merupakan penyumbang pendapatan terbesar syarikat, adalah amat penting bagi memastikan tenaga pengajar syarikat beroleh pengetahuan yang baru dan berterusan. Sebenarnya terdapat pelbagai kelebihan apabila staff menerima latihan yang berterusan. Mereka dapat meningkatkan kreativiti dan segmen pembuatan boleh diaktifkan.

Training of trainers 'kait'