12 Oktober 2015

Kelas Jahitan Tudung

Kelas ini, saya buat di Kuala Pilah. Pesertanya terdiri daripada yang sangat mahir. Saya tak perlu banyak bicara. Jika pagi, saya serahkan pola... mereka salin pola, tanya basi jahitan, potong dan jahit. Edging, bawa balik atau upah rakan lain yang ada mesin untuk buat. Oleh yang demikian, dari 10 jenis tudung yang sepatutnya mereka pelajari, mereka jahit 12 jenis. Pola pula dapat 14 jenis. Wah, sungguh bertuah.

Di sini memang lain, mereka bukan sahaja bertanya tentang cara menjahit tetapi cara lain untuk mendapatkan wang. Jadi, saya cadangkan mereka untuk buka kelas atau jual pola. Ha... tetapi saya nak beri amaran awal (kepada tenaga pengajar), jika cetek pengalaman... mudah tersinggung... jangan datang mengajar di sini. Peserta di sini mahu yang luar biasa, bukan yang biasa-biasa. Tetapi mereka tidak lokek berkongsi ilmu. Mereka bantu saya untuk memurnikan modul Tudung Cincin 2 Layer dan berkongsi ilmu Telekung Lycra.

Kenangan mengajar di sini sangat manis. Seperti biasa, saya doakan para peserta atau pelatih saya kaya dan berjaya. Kongsikan ilmu kepada orang lain juga ya. Publish!













Kelas Jahitan Langsir

Syarikat ada menawarkan jahitan langsir kepada kumpulan yang berminat. Sehingga kini saya telah melatih seramai 16 orang untuk kursus jahitan langsir 5 paten selama 5 hari. Setiap hari, 1 paten. Namun oleh kerana peserta yang saya terima semuanya mahir dan bersemangat, mereka pulang dengan 6 paten.

Seperti kursus jubah & mini jubah, setiap proses sedari merancang hingga makan... ia dihalusi dengan begitu teliti. Supaya kelas berjalan dengan lancar. Saya membawa Ana Ain Salsabila bersama ketika kelas. Jika boleh, saya mahu dia mendapat pendedahan awal tentang kerjaya saya. Mudah-mudahan, dia menaruh minat. Amin.

Oleh yang demikian, untuk kumpulan-kumpulan yang ingin mengundang saya untuk mengajar, boleh dapatkan sebutharga dari saya ya. Saya boleh pergi sejauh 600 kilometer untuk memenuhi undangan dari puan, cik dan tuan :) kerana baru-baru ini saya telah ke Terengganu untuk kelas jahitan tudung 2 layer dan crumble@shawl. Saya mahu kongsikan ilmu dengan yang lain juga. Jumpa nanti in sha Allah ya. Publish!




Kursus Jahitan Jubah & Mini Jubah

Dah agak lama saya tidak menulis di blog. Sejak menimang cahaya mata pertama yang ditunggu selama empat tahun, sehingga kini (sudah setahun) saya masih menyesuaikan diri. Antara perkara yang saya berhenti lakukan sejak diberi pinjam cahaya mata ialah memotong baju, menjahit, memanik dan menulis blog. He, he... saya menyerahkan semuanya kepada staf.

Minggu lalu, berakhir sudah siri kursus jahitan yang panjang. Jubah dan mini jubah. Saya begitu teruja dengan modul ini kerana ia memang mencabar pengalaman saya yang baru 9 tahun berkecimpung dalam dunia jahitan. Dari saat sidang merancang bahan, tarikh, jadual, peserta, makan... ia memberikan pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Untuk modul ini, saya telah melatih 40 orang peserta dengan pelbagai tingkat kemahiran. Mengukur, mendraf pola, memotong, menjahit dan menekan. Ada juga sub kemahiran seperti menjahit zip, membuat butang balut & rumah butang, menambah nilai pengetahuan buat mereka. Tujuan melatih mereka ialah tidak lain ialah menjadi usahawan.

Ada yang memang pandai menjahit, ada yang separuh pandai, ada yang tak pandai... semua saya terima dan saya telah redha. Tetapi yang amat menyentuh hati, semua peserta dapat memakai 2 baju tersebut semasa sesi bergambar. Ada yang ditolong oleh saya dan ada yang ditolong oleh rakan yang lain. Syukurlah. Saya doakan semua pelatih saya kaya dan berjaya. Saya halalkan semua ilmu, saya maafkan semua salah silap para pelatih saya. Saya minta maaf juga atas semua salah tutur dan tingkah laku saya ya. Jumpa lagi nanti ya. Publish!