18 April 2013

SENARAI KURSUS JAHITAN PAKAIAN, ALAT & BAHAN



KELAS: JAHITAN PAKAIAN LELAKI
`MENS’ WEAR`

Yuran              : RM 100 per modul
Waktu kelas    : 9 pagi-3 petang
Bahan              : Bawa sendiri @ beli pek modul di kedai
Durasi              : 18-24 jam per modul
Senarai modul :
  1. Baju melayu butang 5
  2. Baju melayu butang 3
  3. Baju melayu moden
  4. Baju melayu kemeja
  5. Kemeja
  6. Jubah
  7. Gamis
  8. Seluar baju melayu
  9. Seluar slek


KELAS: JAHITAN PAKAIAN WANITAI
`LADIES DRESSMAKING`

Yuran              : RM 100 per modul
Waktu kelas    : 9 pagi-3 petang
Bahan              : Bawa sendiri @ beli pek modul di kedai
Durasi              : 12-18 jam per modul
Senarai modul :
  1. Baju kurung tradisional & kain susun tepi
  2. Baju kurung pahang & kain kipas belakang
  3. Baju kurung moden & kain lipat batik
  4. Kebaya & kain duyung
  5. Mini jubah & seluar
  6. Baju kurung kedah & kain 3 keping
  7. Blaus & kain potongan A
  8. Jubah
  9. Pijama
  10. Baju kurung tradisional lining penuh
  11. Baju kurung moden lining penuh


SENARAI ALAT YANG PERLU DIBAWA SENDIRI

Bil
Keterangan
1.       
Pembaris meter
2.       
Pembaris pembentuk
3.       
Pembaris 24”/18”
4.       
Pembaris skill
5.       
Gunting kain
6.       
Gunting kertas
7.       
Kacip
8.       
Penetas
9.       
Pita ukur
10.   
Peniti
11.   
Jarum tangan no. 7
12.   
Jarum tangan no. 11
13.   
Jarum mesin industri no. 11
14.   
Kapur tukang jahit
15.   
Pen
16.   
Pensil mekanikal
17.   
Pemadam
18.   
Liquid paper
19.   
Kertas A4
20.   
Buku kulit keras F4
21.   
Tool box
22.   
Span

17 April 2013

LATIHAN 1 MALAYSIA: MANIK 3D

Minggu lalu seramai 15 orang peserta telah menyertai Latihan 1 Malaysia yang dianjurkan oleh Giatmara Jasin dan dikendalikan oleh syarikat. Dalam kursus ini, peserta telah menjahit beberapa paten manik 3D seperti Ros 3D, Mentari 3D, Rangka Daun, Daun Shadow, Bunga Pink 3D dan Bunga Raya. Ada juga peserta yang telah mahir, dapat menjahit 2 paten tambahan. Saksikan perjalanan kursus yang telah saya rakamkan. Publish!

Penyelaras kursus bersama peserta

Sebahagian dari hasil kerja peserta


Peserta bergambar bersama






11 April 2013

5 SIRI KURSUS MANIK

Pada akhir Mac 2013 yang lalu, syarikat saya telah menganjurkan 5 siri kursus manik. Dalam siri kursus ini, peserta didedahkan dengan asas manik hingga ke manik 3D. Mereka juga diberitahu berkenaan penggunaan wax yang mengukuhkan benang dan pelbagai teknik tepat berkenaan jahitan manik. Bagi modul asas manik, peserta mempelajari 10 paten, shimmering pula 12 paten, 5 paten bagi crumble, bracelet dan manik 3D. Berikut merupakan gambar para peserta yang telah menyertai 5 siri kursus ini.

Asas Manik
Simmering Flora

Crumble
Bracelet 
Manik 3D
Syukurlah peserta dapat menyertai program ini kerana kos bagi tenaga pengajar dan bahan dibiayai sepenuhnya oleh Komuniti Giatmara Ledang. Bayaran RM 10 yang dikenakan semasa pendaftaran adalah khusus untuk pengeluaran sijil. Sekiranya kursus ini dilaksanakan di premis saya, setiap modul dikenakan bayaran sebanyak RM 100 dan bahan pula RM 50 juga bagi setiap modul. Bagi individu atau kumpulan yang berminat menyertai kursus seperti ini, boleh klik ke laman facebook saya dan tinggalkan pesanan. Jumpa lagi dilain kesempatan. Publish!